Pada 10 Syaaban yg lalu .......... ketika mentari merah jingga mula menyinar, si suami mula mengenakan kopiah dan mafla utk bersiap. Segala persiapan dirancang rapi. Walaupun berat rasa di hati ini, si isteri redha ditinggalkan suami hingga ke mlm hari. Pesan demi pesan diucapkan hingga ke akhir kata 'Insya-allah, moga ada rezeki utk kita, syg. Abg akan balik secepatnya. Rezeki Allah swt tiada siapa yg tahu. Jaga diri baik-baik di rumah ini'. Airmata hampir saja tumpah dan tertahan2 kerana si isteri itu tidak biasa ditinggalkan sendirian tanpa suami sejak berkahwin tempoh hari..Kucupan dan salam ditinggalkan. Hanya doa mengiringi pemergian si suami ke majlis makan malam tersebut di sebuah hotel terkemuka bertemakan 'Arabian Night'.
Jam demi jam berlalu, dan panggilan pertama si isteri disertai airmata saat si suami mengkhabarkan upacara cabutan baru saja bermula. Bukan kerana mengharap pada keajaiban tapi sungguh berat menanti tempoh berjauhan dgn si suami...Tepat pukul 1 mlm, 'Abg ada benda nk ckp tapi tunggu dkt rumah nanti ye syg'...si isteri diam tanda redha. Jauh di sudut hati si isteri 'Lindungilah perjalanan suamiku Ya Allah dan makbulkan lah apa yang menggembirakan buat suamiku'. Jam 2.30 pagi, bunyi pintu di ketuk, si isteri yg lena di ulit mimpi tidak sedar akan kepulangan si suami. Bahu si isteri dikejutkan, mata ditutup dgn jemari si suami, kaki dibawa berjalan setapak demi setapak. jantung si isteri berdegup kencang, cuba meneka tapi semcm tidak kena.
Tiba dimuka pintu....hampir tersentak hati si isteri, ungkapan Ahamdulillah berulang-ulang membasahi bibir. 'Alhamdulillah, Ya Allah rezeki abg' kata si isteri. 'Bukan, Ini rezeki kita dari Allah swt'. Masya-allah, tingginya akhlak lelaki ini berbanding diriku bisik si isteri. 'Abg menang cabutan bertuah grand prize, abg berjaya dptkan TV ni utk syg, lpas ni xperlu susah2 lg nk tgk bacaan tajwid dgn Ustaz Don' ungkap si suami mengusik si isteri...Isteri tersenyum malu terasa dihargai. Pelukannya erat tanda bahagia kerana berjaya membahagiakan isterinya. Ternyata betapa takjubnya si isteri dengan kebesaran dan kekuasaan Allah yg maha mengetahui kemampuan hamba-hambanya. Di jualah yg telah memakbulkan doa si suami yang mahu mengembirakan hati si isteri dan doa si isteri agar suaminya berjaya dengan apa yang dihajatinya. Hanya Allah Swt sahaja yang berhak ke atas setiap rezeki para hamba-Nya. Janji Allah SWT itu benar, jadi berdoalah wahai saudara semuslim-ku, sesungguhnya engkau tak akan berasa rugi dan susah kerananya. Di penghujung malam 10 Syaaban itu, si suami dan si isteri mengakhiri mlm yg penuh berkah dengan bersujud mensyukuri segala nikmatNya.
Moga ada ikhtibarnya di malam Jumaat ini..
Khas buat Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul ♥